tengok tuuuu :P

Saturday

Assalamualaikum :)

Post kali ini dibiarkan tanpa tajuk , Hari ni adalah malam terakhir sebelum D masuk hostel pada keesokan harinya Ahad.hmm D ingat sebelum masuk sekolah ni D tak mahu sedih-sedih tapi D tau D tak kuat :) Tapi walau macam manapun D try kuatkan diri.Sebenarnya post kali ni dibuat khas untuk dia , AA tapi D tak tahulah kalau dia baca ataupun tak harap-harap dia baca :) InsyaAllah.


hello ,AA :) D ingat apa yang semua berlaku dalam hidup D , semua janji hmm tapi D tahu itu semuanya hanya tinggal kenangan,AA cakap mungkin ini lebih baik mungkin? D boleh terima , InsyaAllah dan D ingat semua apa yang AA nasihatkan D janji D akan belajar rajin-rajin,tak tinggal solat dan yang paling penting D ingat yang tahun ni tahun yang paling penting dalam hidup D :) D harap AA jaga diri dan terima kasih untuk segalanya.


Baru-baru ni D selalu dengar lagu ni kalau tak mainkan lagu ni lebih daripada 10 kali memang tak sah dan sebenarnya cerita tentang lagu ni memang tiada kaitan sama sekali mengenai hidup D tapi mungkin takdir menentukan segalanya apa yang D hadapi sekarang mungkin lebih kurang sama dengan lagu ni http://www.youtube.com/watch?v=VFhqvz8ssJo kalau awak rajin bukak lah dengar hehehe :D D redha dengan setiap apa yang berlaku D ikhlaskan diri menerima semua ini dengan baik,InsyaAllah D nampak hikmahnya suatu hari nanti.

Okaylah D nak masuk tidur Yeah D nak pergi berjuang

doakan kejayaan kita bersama okay ? Amin :)

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak menghadiahkan kita pelangi yang indah,Subhanallah

No comments:

Post a Comment